Friday, March 28, 2014

Mac, I love you..

Assalamualaikum.. 

Baru berkesempatan update blog. Alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat yang melimpah ruah. Dapat teruskan hidup bersama keluarga tersayang. 

Ok, rasanya ni 1st post untuk tahun 2014 kan. Sepanjang 3 bulan d tahun 2014  macam2 berlaku. 
Aku masih mengajar di sekolah lama. Sibuk dgn aktiviti sekolah. 

Bulan Mac adalah bulan paling aku tunggu2. Yelah bulan mac adalah bulan kelahiran aku. 17 mac tahun ni dah berumur 25 tahun, suku abad dah.. Rasa macam umo 19 tahun. haha.. Paling tragis yg berlaku kat Malaysia adalah kes kehilangan MH370 . Sampai sekarang xjumpa2 lg. Dulu aku memang follow segala news n update psl mh370. tp sekarang dah malas sebab banyak sgt spekulasi. Kita tunggu n doa je la..

Dan 20 mac hari tu result spm keluar. Yang aku bangga sgt lah 26 students aku mengajar subjek sains semuanya lulus.. Unexpected betul. Memang aku tengok soalan sains spm senang la. Yang dpt A aku tak pasti berapa org. Tapi kebanyakan yg dapat A adalah subjek sains. Siap ada students tu call aku wish TQ sb mengajar sains dan die dapat 1A je pastu yg A tu adalah Sains.. Bangga aku weh..

Tapi sebelum tu, ada lagi yg berlaku di bulan mac.. Ya Allah,, kerdilnya aku rasa bila Kau bagi rezeki yg x disangka2. Hny mampu mengucap syukur je. Pendekkan cerita 13hb mac aku dapat surat daripada SPA suruh lapor diri  di jabatan **** as pegawai sains. Terkejut aku sebab tak sangka penantian seperti menunggu buah tak gugur akhirnya gugur jua. Sebelum ni aku dah pernah temuduga dan jawapannya calon simpanan je. Dah setahun berlalu, akhirnya berjaya melangkah kaki  ke sektor kerajaan. Aku kena lapor diri hari isnin 17 mac 2014, besday aku.. Skop kerja aku nantilah cerita, tapi aku kena prepare mental n fizikal kerja disitu.. huh!

Kesimpulan yang aku boleh buat, Allah akan uji kita dgn kesulitan dan kemudiannya Dia beri kita kemudahan. Itulah manisnya ujian yg Allah beri. Baru aku percaya. Allah mendengar keluhan kita, cuba lambat or cepatnya Allah jawab persoalan tu. Alhamdulillah.. terimakasih kpd doa mak n ayah family... 

assalamualaikum.. 

No comments:

Post a Comment