Friday, March 28, 2014

Mac, I love you..

Assalamualaikum.. 

Baru berkesempatan update blog. Alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat yang melimpah ruah. Dapat teruskan hidup bersama keluarga tersayang. 

Ok, rasanya ni 1st post untuk tahun 2014 kan. Sepanjang 3 bulan d tahun 2014  macam2 berlaku. 
Aku masih mengajar di sekolah lama. Sibuk dgn aktiviti sekolah. 

Bulan Mac adalah bulan paling aku tunggu2. Yelah bulan mac adalah bulan kelahiran aku. 17 mac tahun ni dah berumur 25 tahun, suku abad dah.. Rasa macam umo 19 tahun. haha.. Paling tragis yg berlaku kat Malaysia adalah kes kehilangan MH370 . Sampai sekarang xjumpa2 lg. Dulu aku memang follow segala news n update psl mh370. tp sekarang dah malas sebab banyak sgt spekulasi. Kita tunggu n doa je la..

Dan 20 mac hari tu result spm keluar. Yang aku bangga sgt lah 26 students aku mengajar subjek sains semuanya lulus.. Unexpected betul. Memang aku tengok soalan sains spm senang la. Yang dpt A aku tak pasti berapa org. Tapi kebanyakan yg dapat A adalah subjek sains. Siap ada students tu call aku wish TQ sb mengajar sains dan die dapat 1A je pastu yg A tu adalah Sains.. Bangga aku weh..

Tapi sebelum tu, ada lagi yg berlaku di bulan mac.. Ya Allah,, kerdilnya aku rasa bila Kau bagi rezeki yg x disangka2. Hny mampu mengucap syukur je. Pendekkan cerita 13hb mac aku dapat surat daripada SPA suruh lapor diri  di jabatan **** as pegawai sains. Terkejut aku sebab tak sangka penantian seperti menunggu buah tak gugur akhirnya gugur jua. Sebelum ni aku dah pernah temuduga dan jawapannya calon simpanan je. Dah setahun berlalu, akhirnya berjaya melangkah kaki  ke sektor kerajaan. Aku kena lapor diri hari isnin 17 mac 2014, besday aku.. Skop kerja aku nantilah cerita, tapi aku kena prepare mental n fizikal kerja disitu.. huh!

Kesimpulan yang aku boleh buat, Allah akan uji kita dgn kesulitan dan kemudiannya Dia beri kita kemudahan. Itulah manisnya ujian yg Allah beri. Baru aku percaya. Allah mendengar keluhan kita, cuba lambat or cepatnya Allah jawab persoalan tu. Alhamdulillah.. terimakasih kpd doa mak n ayah family... 

assalamualaikum.. 

Tuesday, December 17, 2013

Sukaduka

Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog.. Tak ade cerita yang best. Cuma nak review sikit utk tahun 2013. Yelah, tinggal 14 hari lagi nak masuk tahun baru 2014 DAN 15 hari lagi nak sekolah.. Hmm.. 

Kalau kat sini memang tengah hujan dan kalau dengar berita kemungkinan berlaku gelombang banjir kedua. Harap2 tak berlaku banjir lagi. Memang kasihan tengok mangsa banjir walaupun tak pernah alami. Kalau nak tahu, banjir kali ni adalah yang paling teruk berlaku di Kuantan. Kuasa Allah. Tapi bila fikir balik, Allah tak akan jadikan sesuatu itu dengan sia2. Mesti ada sebab yang Allah nak bagi pada kita. Bila berlaku ujian dan musibah Allah nak sentuh hati kita dan tegur diri kita. Sebab sebelum ni kita lalai dengan hiburan dunia. 

Alhamdulillah, kawasan rumah aku tak dilanda banjir tapi jalan nak masuk kampung aku memang tak boleh lalu. Air dah melimpah ke jalanraya. Tapi menyedihkan sekolah tempat aku mengajar memang kena banjir. Air sampai aras pinggang. Memang banyak harta benda dan kerugian. Dan..barang2 dlm bilik guru pun hanya 20% sahaja yang elok. Yang lain semua musnah. Meja guru, buku2 dan rak2 buku basah jerok.. Huhu.

Ops membersihkan bilik guru. Buang mane yg xleh guna
Buku teks 100% hancur

Barang2 dalam bilik guru
Tak semangat nak masuk sekolah sebab  tak ade meja guru. Hahah..Alasan aku nih. Kalau dibilang sudah 1 tahun aku mengajar disekolah tu. Perasaan? Aku pun tak tahu perasaan aku macammane. Tapi yang pasti aku  tak seronok bekerja disitu. Entah bila Allah nak bagi rezeki kat tempat lain pulak. :( Setiap hari ada sahaja 'benda' aku komen dan cerita pada mak aku pasal sekolah tu. Aku rasa makin banyak dosa aku bekerja kat situ. Tak tahu apa rancangan Allah untuk hidup aku ni.. Redha, sabar banyak dan bersyukur?? 

Ok dah masuk 2014. Semakin bertambah tahun semakin bertambahlah usia kita. Apabila bertambah usia maka dekatlah kita pada kematian. Hipotesis dan inferens diterima! Moga tahun akan datang lagi baik, bertambah rezeki dan dipermudahkan jodoh. haha..

Mohon maaf jika ada salah silap dan Assalamualaikum. 


Wednesday, July 31, 2013

KEPUTUSAN SPA

Assalamualaikum dan salam ramadhan...

Setelah penat menunggu akhirnya keputusan tmemuduga SPA dah dapat..

Keputusan: Anda Telah dikategorikan sebagai calon simpanan dalam masa 1 tahun

Hmm.. perasaan? gembira + sedih

Thursday, July 11, 2013

FREE GAZA

3 Ramadhan.. Rezeki pada hari ketiga Ramadhan

Imam dari Gaza Palestin dtg ke SMIAI. Menceritakan keadaan Palestin pada waktu sekarang, bagaimana menghidupkan Ramadhan dgn Al-quran. Ya allah betapa kuatnya keyakinan, prgantungan dan iman mereka.

Kalau nak compared dgn keadaan kita jauhnya beza. Bagaimana mereka berjuang habis habisan utk Masjid al-aqsa. Kita?ujian sikit pn dah mengeluh, putus asa n masam muka.. ok, layann gambo2









bye.. assalamualaikum...

Sunday, June 30, 2013

Interview kali ke2

Assalamualaikum.. Dan selamat pagi

12hb 6 saya telah selamat menghadiri temuduga SPA. Perasaan masa tu, memang berdebar-debar. Utk iv kali ke2 ni, saya kurang membaca sebab dr pengalaman iv yg 1st dulu, apa yg saya baca semua tak tanya. Jadi, saya tawakal je. heh. Lagi pun persaingan memang sengit. Bayangkan calon punya la ramai tp kosong je ada 3.

Antara soalan nye tanya psl UTC, biotek tu ape?, alga bloom. sume soalan ni aku xdpt jwb. haha..
pastu dia tny soklan kbkk. cthnye jika seseorang ade kelayakan tp ms iv die x perform dgn baik. wajar ke x majikan terima die..  merapu je ak jawab.

12 hb julai ni kuar la result samada aku berjaya ke tak. kalau betul itu rezeki aku, tak kemana..

ok bye!

Monday, June 10, 2013

Temuduga spa lagi

Saya terpangil ke temuduga SPA utk jwtan PEGAWAI SAINS.. 
Rabu, 12 Jun 2013.

Perasaan? Entah kenapa tiada semangat, xde mood,  x excited dgn iv kali ke 2 ni. Kalau dulu, buat preparation sebulan awal.. tp, lusa nk iv msh x baca apa2.. Ya Allah, apalah yg terjadi pd aku ni.. Nak mengajar x semangat. Mcm ada suatu yg hilang.. Tp xtahu apa..

Candidates: 133 org
Kekosongan: 3 sahaja
Calon simpanan: 10 org... 

Malas nk mngharap.. tp harap ada keajaiban.. ah, mengarut je..!

Doa kn smoga dpermudahkan ye..


Hensemnye kau..


Monday, March 18, 2013

24 sudahh..

Alhamdulillah.. 17 mac genap umo aku 24 tahun.. masuk ke fasa DEWASA..  Ntah kenapa rasa takut pulak. hmm..

Hadiah drp students